Sunday, April 9, 2017

Post tak ada isi.

Hei, banyak sangat benda yang dah berlaku sepanjang aku tinggalkan blog yang berhabuk ni. Setahn lebih aku tak tulis apa-apa kat sini. Kawan-kawan dulu yang sama-sama main blog pun dah lama tak update blog. In fact ramai je yang buat private. Tak kasi kita baca lettew. Hmpph.. merajuk okei.

Padahal aku pun pernah buat private jugak satu masa dahulu. Haha.

Anyway. Zaman sekarang orang update dekat fb je, tak pun ig. Apa barang mengarang panjang lebar tak ada isi macam aku selalu dan tengah buat ni. Buang masa. Lagi-lagi dengan sikap kita yang makin malas nak membaca panjang panjang sekarang ni kan.

Knowing me, cerita yang biasa aku akan tulis mesti tak lari dari genre depress, sedih, hajat tak kesampaian, negativity yang melampau and so on. Since aku tak mampu nak zahirkan di alam nyata, biasanya aku akan lari ke dunia lain untuk bagi tenang di jiwa.

Dunia yang paling dekat is dunia kpop kvariety aku tu la. Dari zaman study, tahun 2007 lagi aku dah start berkecimpung dalam dunia kpop. Dengar lagu diorang wala tak paham satu patah apa pun. Jadi peneman time aku selalu pergi kelas jalan kaki or time joging kat tasik dulu sorang-sorang. Selain lagu jepun and lagu Jay Chow dalam playlist aku.

Lagi pun aku tengah susah hati ni sebab tak dapat cari pengganti penyewa untuk bilik master kat rumah ni. Lama dah cari, tak jumpa-jumpa. Harap-harap lepas mengadu kat sini dapat la tu jumpa pengganti. Merata dah aku iklan. Yang contact aku pulak takat tanya nak minta kurang harga. Kalau aku tan rumah boleh la kot aku kurangkan harga,

Point nya, post aku memang tak ada isi.

Thursday, October 8, 2015

kerja sampai mati pun takkan habis- wise man.

2 hari simposium kat PWTC, 3 hari ponteng work out, sedar-sedar esok dah Jumaat, tengok atas meja dah rupa meja si genius Einstein yang cintakan kemeriahan. Time kerja melambak macam ni la baru ada mood nak kemas-kemas meja, asingkan kertas recycle bagai. Macam mana ni? Kalau buat company sendiri, perangai tak semenggah macam ni mau lingkup kampeni hang.

Hmm..

Masuk tahun ni rupanya dah 3 tahun lebih aku kerja kat tempat yang sama. Eleh baru 3 tahun nak kecoh. Lama kot 3 tahun. Tempoh paling lama pernah aku dedikasikan masa dan usaha dan tenaga aku pada satu tempat. Kalau tak memang lompat-lompat kerja saja hobi aku.

Tambah 1 tahun time aku kerja kat koperasi dulu. So dah 4 tahun lebih aku kat sini. Eleh baru 4 tahun pun nak kecoh jugak. Haha. Tapi aku suka kat sini. Serius aku suka. Dulu dalam 2 tahun aku boleh tukar kerja sebanyak 4 kali. Dan dalam sebanyak 4 kali tukar kerja tu memang banyaklah yang aku dapat dan belajar. Paling teruk, aku pernah sebelum pergi kerja kena nangis dulu sebab stress punya pasal. Sebelum tidur, jantung berdegup-degup fikir apa la yang akan jadi esok harinya kat tempat kerja. Haha. Penangan kerja contact center. Itu kenangan. Aku siap boleh gelak-gelak kalau ingat balik.

Sekarang, ye, aku tau aku kena buat kerja sekarang, kerja melambak, 2 hari tak kerja, next week melambak meeting nak handle, esok pun ada satu meeting kena handle, pastu nak follw up banyak benda, and i should be working now, tapi kemon la, sekarang dah habis ofis hour, asal dah lepas ofis hour je aku jadik lembik sikit semangat nak siapkan apa yang tergendala.

Maka aku kembali susun-susun kertas, kemas-kemas meja sambil tunggu 2 days 1 night aku siap donlut. Boleh tengok sementara tunggu adik aku abis shift kerja dia kat ioi tuh.

Friday, October 2, 2015

Kalau nak sewa rumah, tolong jangan buat perangai macam ni.


Aku agak hangin jugak dengan budak rumah yang nak keluar rumah tiba-tiba. Dia cakap dia akan carikan pengganti. Sejuk sikit rasa. So, aku pun biar dia yang cari pengganti dia. Bila dah dapat, dah confirm nak masuk bila, tiba-tiba pada hari kejadian, hilang. Tak muncul-muncul. Mesej tak reply, call tak jawab, tutup phone.

Aku dah start hangin balik dah. Nasib baik budak yang baru keluar tu ada rasa tanggungjawab untuk bayar sewa bulan depannya. Sebab haritu aku baik hati bagi dia masuk bilik tu tak payah deposit.

Tak memasal kena up lagi iklan kat mudah untuk cari orang lain masuk. Tak susah pun nak buat benda tu, tapi manners kau mana manners tu? Bagilah tau awal-awal kalau tak jadi masuk ke, apa ke. Aku ni bukannya ada telepati nak fahamkan apa yang kau rasa dari kejauhan.

So, kesimpulannya lepas submit iklan kat mudah (iklan, haha), aku pun print iklan tersebut untuk tampal kat 7e, mydin mahu pun mana-mana board yang bakal aku jumpa. Boring kot buat benda ni berkali-kali macam siaran ulangan.

Time ni la berangan nak dapatkan dream house yang aku idam-idamkan dari dulu. Tak plan pun nak beli rumah dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Pedulikan saja bila orang cakap sampai bila nak menyewa. Sampai mati pun tak ada hal. Memiliki rumah  atas nama sendiri tu bukan keperluan kalau tak silapaku. Makanan, pakaian, tempat tinggal – 3 kemudahan asas untuk hidup yang aku belajar dulu. Tak kisah la baju pinjam ke, rumah pinjam ke apa ke apa ke. Just my 2 cent.

Oh, angin geram aku dah habis rupanya. Pengajarannya kat sini, nak cari pengganti penyewa- memang kena cari sendiri. Suruh dia bayar deposit, baru confirm and bagi kunci. Selagi dia tak bagi deposit- jangan confirmkan dia. Aku cuba tak nak berkira sangat, lagi-lagi dengan bangsaku (cewah) dan ekonomi sekarang ni. Tapi sesungguhnya perkara itu sungguh tak sesuai untuk apply kat sini.


Makanya, no deposit no room for you. Harap segalanya dipermudahkan. Huuuu…

Wednesday, September 30, 2015

So, in short: Don't Quit!

Quick journal untuk hari ni.

Masuk hari ni baru 4 hari aku betul-betul nak dapatkan balik apa yang aku hilang. Untuk buangkan apa yang menumbuh dalam badan.

To cut the story short, lepas raya puasa hari tu berat naik gila-gila. 1- sebab sepanjang bulan puasa tu aku tak work out langsung. Aku stop jogging. 2- masa raya hari tu aku walau makan normal macam orang lain dan tak pergi open house sangat, aku perasan yang baju yang aku selalu pakai hari pergi ofis makin mengecut. Itu mungkin sebab masa bulan puasa aku kadang-kadang buka tak proper food.

Hasilnya, aku dapat efek yoyo. Time bulan puasa berat aku turun lebih kurang 4 kg, lepas raya mencanak dia naik. Aku punya susah hati sampai aku decide untuk buat benda yang dah lama gila aku tinggalkan. Try ambil pil bagi turun berat badan. Dia punya efek memang best tak rasa lapar langsung.

Bila kau dah tak lapar, kau pun tak makan, Bila kau tak makan, tak ada lah kalori intake. Tapi time tu memang tak rasa penat letih dan lesu langsung. At the same time aku pun jogging macam biasa malam-malam lepas kerja. Aku rasa macam super human sebab even tak makan sangat aku still ada tenaga.

Lebih kurang dalam 2 minggu aku ambil pil. Satu hari aku ambil sebiji sebelum breakfast. Kalau aku miss nak makan semalamnya, hari ni aku makan 2 bijik sekali gus. Aku budget boleh terus kurus. Berat boleh turun banyak. Tapi tak pun. Berat tetap takat tu. Malah kadang-kadang main naik. Aku jenis yang timbang berat setiap hari. Walau pun tak bagus untuk psikologi aku, tapi aku buat jugak.

So, aku decide aku tak nak makan dah pil tu. Time tu aku dah boleh fikir straight sikit. Time stress hari tu aku tak tau apa yang aku fikir. Tengok orang yang berbadan besar boleh kurus sebab ambil ubat kurus tu terus aku beli benda yang sama. Orang tu pun ambil masa kot nak kurus. Bukan 2 minggu makan boleh terus kurus. Huhu..

Ada lagi separuh ubat tu dalam beg aku. Hari-hari aku kendong bawak pergi kerja. As a trophy untuk aku atas apa yang aku dah buat kat badan aku. Kenapa aku cakap macam tu? Teruskan membaca.

2 minggu kemudian aku buat blood test. (Read: 2 minggu lepas aku tak ambil ubat tu.)Saja-saja je buat sebab member ajak. Buat kat lab dekat tempat aku kerja je ni pun. Bersungguh-sungguh jugak Doktor tu nak cari urat darah aku nak sedut darah masuk dalam picagari dia. Padahal dulu time medical check up setiap tahun masa rotu dulu asal aku hulur tangan je medical staff tu boleh jumpa the urat.

Aku saja buat lawak, gemuk sangat kot tangan ni, dan lawak tersebut dipersetujui oleh yang lain-lain disitu. Siap suggest suruh buat push up biar keluar semua urat. Maka terkesimalah aku keseorangan di situ sambil sentap sorang-sorang dalam hati meratapi nasib diri seorang yang terlebih berat. Haha.. Macam tu pun boleh.

3 kali cucuk baru berjaya. Doktor yang amik darah tu pun dah nak give up asalnya. Aku yang beria nak sangat. Btw doktor ni bukan doktor yang kerja kat hospital, dia lecturer. Dia awal-awal cakap tak expert ambil darah, tapi padahal hebat je dia ambil darah orang lain. Time aku je payah sebab tak jumpa urat yang tersorok. Haha. Akhirnya, darah berjaya disedut . Itu pun sikit je yang sudi keluar.

Darah yang sedikit itu kelihatan sungguh cair. Dan berwarna kekuning-kuningan. Boleh imagine warna darah yang merah tu ada warna kuning-kuning sikit? Itu tanda tak cukup air, kata staff lab merangkap member aku time tu. Aku iya kan, sebab aku memang tak minum air sangat sepanjang duration tu. Carik pasal kan?

So, bila result keluar, aku dah expect dah kolestrol aku tinggi. dari dulu lagi. Tapi tinggi kali ni luar biasa. Mungkin aku memang kena stop terus makan benda goreng-goreng yang aku rajin beli kat simpang Uniten tu. Karipap telur yang besar berharga RM1 yang lazat tu la, kekadang pisang goreng tanduk RM2 aku habis makan sorang-sorang, ayam uncle bob yang digoreng dalam minyak yang dah tak berapa nak warna minyak sangat yang aku selalu minta extra spicy tu, keropok lekor, cucur bulat-bulat yang digemari ramai tu, dan baaaanyak lagi yang aku suka kat situ.

Bukan takat kolestrol dalam darah, bacaan kat hati aku pun tinggi sangat- dah lebih dari range yang sihat. Yang pak cik yang sama-sama buat test tu pun tinggi jugak bacaan dia. Dia cakap dia makan ubat asma. Dia tanya doktor tu, kalau makan ubat memang ada efek ke kat hati. Aku tak dengar sangat apa yang doktor tu balas sebab sibuk analisa and compare bacaan result tu dengan member aku ni.


Ini result 2 minggu after stop ambil ubat kuruih berasal dari german tersebut. Aku tak blame 100% ubat tu. Maybe lifestyle aku memang ada menyumbang jugak.

Aku sibuk nak relate yang pengambilan ubat nak kuruih tu dah bagi efek yang tidak elok pada hati aku. Bila aku confess kat member aku tu, teruk aku kena sekolahkan. Dalam bebelan dia tu aku sempat tangkap dia cakap, biarlah gemok asalkan jangan makan ubat kurus. Kita tak tahu apa efek kat setiap orang. Badan setiap orang kan berbeza dan yada yada yang lain. Kalau kita tengok orang tu boleh kurus sebab makan satu beda tu, tak semstinya kita pun akan dapat hasil yang sama. Aku pun, tadah sajalah telinga ni. Salah sendiri kot. Haha.

Maka, aku pun berjanji pada diri aku sendiri untuk turunkan berat badan dengan cara semula jadi. Ala-ala zaman rotu dulu. Lari keliling padang, buat jumping jack, cangkung lejang bagai. Badan memang penat, tapi kepuasan lepas peluh keluar mencurah-curah tu memang sangat nikmat.

Aku tak kurus lagi pun sekarang. Still overweight sama macam sebelum bulan puasa dulu. Tapi effort kali ni aku akan teruskan. Setiap kali motivation down, rasa penat dan malas nak teruskan, aku akan ingat balik kenapa aku start.

Aku harap sangat usaha kali ni berhasil. Siap follow 30 days shred yang jillian conduct kat youtube tu. Tapi baru 3 hari buat aku dah rasa letih gila. Benda ni tak senang weyh. Dengan mak cik mak cik bermulut mak cik berhati baik tu kadang-kadang duk kata makin gemok kadang-kadang tu tersentap la jugak time motivation tengah down. Time hati tengah rapuh tak sekuat gajah di rimba. Dah la makin tua ni jiwa makin sensitip, metabolisma makin rendah payah nak turun berat.

Positif tu memang perlu. Tengok pulak ada member satu sekolah dulu join jom kuruih satu malaysia tu. Tengok kat fb dia post gambar lunch dia, gambar dia work out, buat aku rasa aku dapat sikit semangat yang dia ada. Thanks jugak sebenarnya kat dia sebab dah salurkan aura positif tu secara tak sengaja. It helps.

Haha, sebenanrnya aku terpanggil nak tulis quick entry yang berjela ni sebab terkesan tengok satu short vids kat instagram. Aku follow dia sebab dia pun dalam usaha nak shred the lemak-lemak tambahan kat badan, dan dia so much adalah bigger than me, standard obese kat US, tapi makin hari makin kecik. Dalam video tu dia break down sebab motivation sudah hilang. Caption dia buat aku rasa terpanggil nak membebel kat sini.






Tuesday, September 29, 2015

29 September 2015 jam 9.12 pagi.

Hari ni 29 September 2015 jam 9.12 pagi.

I should be working now. Siapkan minit mesyuarat yang sepatutnya aku siapkan berzaman dulu lagi. Tapi aku malas. Aku jadi macam ni bila banyak sangat work load. Tapi aku still happy sebab aku masih ada kerja.

Last post aku April yang lepas. Dalam masa yang sama aku cuba tulis kat blog lain. Tapi tak siapa yang boleh tandingi blog cinta pertama aku yang ini. Haha..

Overall, life ok. Everything ok. Wish list banyak yang dah berjaya cross dan banyak yang dah tambah baru. Biasalah manusia mana pernah puas. Mesti ada je benda yang tak ada nak diadakan. Kadang-kadang melebihi keperluan. Well that's me, at least.

Sekarang ni musim jerebu. Tak seronok nak main-main kat luar. Minggu lepas baru je rasa dapat pemandangan yang HD, 2 hari lepas tu datang balik angin yang bawa jerebu. Semalam diorang kata hujan lebat. Siap guruh petir semua datang. Seronok tidur time-time tu sebab diorang cuti. Aku pulak tak perasan langsung yang semalam tu hujan. Balik-balik je tengok kereta basah macam kena simbah air.

Terlepas aku satu nikmat dunia. Perasaan dalam hujan. Dulu time kat ofis lama, setiap kali hujan je bukak tingkap luas sikit. Dapat tempias hujan pun jadi la. Memang refreshing yang amat. Rindu pulak zaman lone ranger dulu. Bila dah cerita pasal cuaca ni, nampak sangat yang dah out of topic. dah tak ada idea nak tulis apa.

Mumbling. Rambling.

Sekarang dah 10.58 pagi. Bukan maksud aku taip dari tadi cuma dapat berapa perenggan je. Sebabnya, hei, aku malas nak explain. Tak ada kerja aku nak explain.

Haish, tetiba teringat rendang mak masa raya haji aritu. Nasib baik dia tak  buat banyak. Kalau tak mau makin kembang aku dibuatnya.